fbpx

Hibah takaful boleh selesaikan hutang?

FAKTA KES;
Fathah (bukan nama sebenar) meninggal dunia dan meninggalkan waris;
– Isteri (Faruza, bukan nama sebenar)
– 3 orang anak perempuan
– Ayah
– Ibu
– Adik-beradik (tiada detail)

Aset dan liabiliti yang ditinggalkan;
– 2 buah rumah
– 2 buah kereta
– Tunai RM100,000

Nota: Semua rumah dan kereta bernilai RM1,000,000 serta masih mempunyai baki hutang bank RM500,000 & tiada cagaran takaful. Arwah Fathah turut menyediakan hibah takaful RM500,000 atas nama isterinya, Faruza dengan pesanan untuk membayar hutang-piutang.

car, vehicle, motor
architecture, building, driveway
money, bank note, euro

APA SOLUSI YANG BOLEH DICADANGKAN KEPADA FARUZA?

Jika saya dilantik sebagai penasihat Faruza, saya katakan begini;

“Jika Puan bayar hutang-piutang menggunakan wang hibah takaful milik Puan; rumah-rumah dan kereta-kereta itu adalah milik semua waris dan bahagian Puan hanyalah 1/8.

Daripada Puan bayarkan hutang guna wang hibah takaful, lebih baik Puan beli rumah lain untuk duduk bersama anak-anak.

Puan boleh beli tunai kalau Puan mahu dan tak perlu berhutang.

Tentang hutang piutang arwah, Puan boleh berbincang sesama waris untuk jualkan aset-aset untuk bayar hutang yang ditinggalkan.

Jika ada baki, bahagi sesama waris mengikut faraid.

InsyaAllah, roh arwah akan tenang apabila hutangnya dibayar.

Dan Puan pula tenang bersama anak-anak dengan rumah yang Puan baru beli guna wang hibah takaful yang suami langgan ketika hidup.

Jika waris lain tidak mahu bekerjasama, bukan tanggungjawab Puan seorang sebagai isteri utk bayar hutang.

Bank akan tarik aset-aset arwah suami untuk dilelong dan langsaikan hutang tersebut.

Yang paling utama dalam situasi di atas ialah nasib dan masa depan Puan sebagai isteri dan anak-anak Puan yang baru sahaja kehilangan suami dan ayah”

Free Quotation

Memohon Sebutharga

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

Fulltime agent berpengalaman di dalam industri Takaful hampir Tahun ke-3. Mempunyai Degree dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sedia membantu rakyat Malaysia menyediakan perlindungan Takaful. Satu Keluarga Satu Perlindungan.

ISLAH BAKRI

PRUDENTIAL TAKAFUL ADVISOR

klik butang Like & Share dibawah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *